BAGAIMANA KELIHATAN SEPERTI BARACK OBAMA KETIKA BERUCAP

“I’m the president of the United States. I’m not the emperor of the United States.” 

– Barack Obama

Barack Obama nama yang tidak asing lagi bagi setiap rakyat amerika dan di seluruh dunia.Barack Obama atau nama sebenarnya Barack Hussein Obama II lahir pada 4 Ogos 1961 di Honolulu,Hawaii,AS.Beliau adalah Presiden amerika syarikat yang ke-44 dan juga orang Afrika Amerika pertama yang memegang jawatan tersebut.Pada 2009,beliau telah dianugerahkan hadiah nobel kedamaian kerana keupayaannya untuk memperkuatkan hubungan diplomatik antarabangsa  dan kerjasama antara negara lain.Beliau menewaskan beberapa pencabar antaranya Perdana menteri Zimbabwe dan seorang pembangkang terkemuka China.

Apakah sebab saya memilih Barack Obama untuk dirungkaikan?

Kenapa saya tidak pilih President lain?

Ada sebab saya memilih untuk menrungkai sedikit sebanyak tentang Bahasa badan daripada President Barack Obama.Antara sebabnya adalah beliau telah mengunguli tempat pertama untuk Top ten ranking most powerful people in the world  beberapa kali iaitu pada tahun 2009,2011 dan 2012.Beliau telah menewaskan beberapa pencabar iaitu Hu jitao dari China danVladimir Putin dari Russia.Sudah tentu anda semua ingin tahu bagaimana caranya Obama menarik minat audience ketika bercakap.Maklumlah The most powerful people in the world kan.

Mari kita lihat dan rungkai satu per satu Bahasa badan yang dilakukan oleh Presiden Barack Obama.

  1. Penggunaan pergerakan tangan yang baik

Pergerakan tangan yang baik dapat meningkatkan karisma seseorang sekaligus dapat meningkatkan pengaruh terhadap seseorang.President Barack Obama sering menggunakan ibu jari ketika ingin menyampaikan satu point yang penting.

Beliau sering menggunakan pergerakan tangan untuk menggambarkan tentang sesuatu isu.Pergerakan seperti ini sekaligus dapat menaikkan kepercayaan audience ketika beliau menyampaikan sesuatu ucapan.

Dengan menggunakan pergerakan tangan yang baik,ia membolehkan audience untuk lebih memahami tentang isu yang sedang disampaikan.Jadi,jika anda ingin menyampaikan sesuatu ucapan,selarikan ucapan anda bersama pergerakan tangan kerana ia akan membuatkan anda lebih yakin dan boleh dipercayai.

  1. Senyum mengikut keadaan

Antara sifat yang perlu ada bagi setiap orang yang berpengaruh adalah senyum TETAPI senyum mengikut keadaan yang sesuai?

Mesti ramai yang keliru kenapa saya berkata begitu?

Kalau orang berpengaruh mestilah kena selalu senyum baru nampak peramah?

YE BETUL

senyuman adalah salah satu cara untuk membuatkan seseorang nampak peramah tetapi seorang yang berpengaruh seperti Barack Obama perlu senyum mengikut keadaan yang sesuai.

Saya berikan satu contoh mudah kepada anda semua.

Ketika Obama menyampaikan “State of the Union” di United States Capitol,beliau menyampaikan satu mesej yang sangat serius.Beliau lansung tidak tersenyum ketika menyampaikan mesej tersebut kerana ianya tidak bersesuaian dengan point yang ingin disampaikan.

Senyum boleh menjadi salah satu tanda penyerahan.Jadi seorang presiden mesti tidak mahu dilihat seperti ingin menyerah ketika menyampaikan isu isu penting.

  1. Bergerak dengan sebab

Seorang pemimpin yang berpengaruh akan membuat pergerakan secara minimum dan bersebab..Perkara ini sekali lagi dapat dilihat ketika Barack Obama menyampaikan “State of the Union”,beliau tidak melakukan sebarang pergerakan di belakang podium.Obama hanya menggerakkan tangan ketika berucap.Pergerakan seperti berjalan tidak bersesuaian dengan topik yang dibawa oleh Obama ketika itu.

Habistu kalau berucap mesti kaku ke?

Orang mengantuklah kalau macamtu.

Saya tidak kata pergerakan diharamkan ketika sedang menyampaikan ucapan.Boleh untuk berjalan dan bergerak ketika melakukan ucapan tetapi mestilah dalam keadaan terkawal dan bersebab.Ketika pendebatan Obama menentang Matt Romney,Obama berjalan dalam keadaan yang tenang dan tidak terlalu gopoh.Audience akan lebih tertarik untuk mendengar kerana beliau berdekatan dengan audience.

TETAPI

Anda semua mesti ingat jika ingin melakukan pergerakan,janganlah terlalu laju kerana pergerakan yang gopoh akan menyebabkan audience melihat anda sedang cemas ketika bercaka

  1. Nada suara yang bersesuaian

Nada suara adalah salah satu cara untuk menarik minat audience untuk mendengar apa yang ingin disampaikan.Ianya salah satu cara untuk audience menilai seseorang.Obama bijak menggunakan nada ketika berucap.Beliau sering menggunakan cara seperti pause punch dan oh-my moment.Cara cara seperti ini dapat menonjolkan keyakinan diri yang ada pada Obama.

Obama memikat hati audience dengan nada nada suara yang berlainan.Beliau tidak menjerit ketika berucap dan tidak bercakap terlalu perlahan hingga sukar untuk didengari.

Itulah empat tips ringkas bagaimana untuk kelihatan seperti Obama ketika berucap.Semakin kerap anda semua praktikkan tips ini,semakin dekat anda menjadi seperti Barack Obama.Mana tahu selepas ini anda semua pula yang tersenarai dalam the most powerful people in the world.Jangan pernah malu untuk mempraktikkan tips tips ini kerana kejayaan tidak datang bergolek.Anda semua yang mesti mengejar kejayaan tersebut hingga akhirnya ianya berada di dalam genggaman anda semua.

Sebarkan artikel ini kepada rakan rakan anda supaya kita semua mampu menjadi hebat dan dapat bersaing dengan negara luar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Dapatkan Tawaran Menarik Dari Kami

BODY LANGUAGE ACADEMY (MALAYSIA)

Subscription Form Homepage