5 TIPS MEMBINA GOOD IMPRESSION YANG BAIK

Pepatah ada mengatakan bahawa “anda hanya mempunyai satu peluang untuk memberi first impression”.Sebelum saya pergi dengan lebih dalam,biarlah saya terangkan dahulu apa itu “first impression”.First impression adalah pandangan seseorang manusia terhadap seseorang yang baru dikenalinya.Memberikan first impression yang baik sangat penting untuk temuduga kerja hinggalah temujanji bersama kekasih.

Pernahkah anda terfikir berapa lama tempoh masa yang diambil untuk seseorang membuat first impression kepada orang lain?

Adakah 5 minit?

Adakah 30 minit?

Adakah 1 jam?

Saya akan memberikan satu fakta yang pasti mengejutkan anda.

Seseorang manusia akan membuat first impression setelah 7 saat  bertemu dengan seseorang

YA,7 SAAT.

Persoalannya,bagaimanakah caranya untuk membina first impression yang baik apabila bertemu dengan seseorang?

  1. SMILE

Cara paling mudah untuk memberikan first impression yang baik adalah dengan senyuman.Satu kajian telah dilakukan oleh satu syarikat berus gigi untuk American daily newspaper pada tahun 2015 yang melibatkan 1000 peserta.Mereka telah diberikan satu soalan iaitu “apakah yang mereka paling ingat tentang seseorang yang baru dijumpainya?”.keputusan menunjukkan

47% – Senyuman

31% – Mata

11% – Bau

7 % – Pakaian

4% – Rambut

Senyuman dapat menutup rasa gugup ketika berdepan dengan seseorang.Senyuman bukan saja dapat membuatkan seseorang selesa dengan anda malah dapat mengurangkan hormon stress yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

  1. RIGHT HANDSHAKE

Bersalaman sudah menjadi perkara umum apabila bertemu seseorang.Ramai yang menganggap bersalaman ini hanya perkara remeh dan tidak membawa sebarang maksud tetapi sebenarnya bersalaman ini menggambarkan siapakah diri anda yang sebenar.

Seseorang akan boleh membuat penilaian tentang diri anda melalui cara anda bersalam.Ianya boleh menunjukkan bagaimanakah diri anda

“adakah anda seorang yang ramah dan terbuka”

“adakah anda seorang yang sombong”

“adakah anda seorang yang suka mendominasi”

Itu semua dapat dilihat melalui bagaimanakah cara anda bersalaman dengan orang lain.Cara bersalaman juga haruslah kemas dan ringkas.Jangan terlalu “over” ketika bersalaman kerana ia boleh menyebabkan seseorang tidak selesa.

  1. INTRODUCTION

Anda perlu memanfaatkan 7 saat pertama untuk mendapatkan kesan yang paling efektif untuk membina good impression yang baik.

Mesti anda tertanya-tanya,bagaimana mahu memberikan introduction yang baik dengan hanya 7 saat?

Ayat seperti “nice to meet you” adalah salah satu cara untuk membina introduction yang baik.Sebagai contoh,anda bertemu dengan seorang client bernama razmi.Razmi memulakan sapaan

“hai,nama saya razmi”

Biasa nya orang akan membalas  dengan ayat

“Hai razmi,saya amin.”

Tetapi jika anda ingin membina good impression yang lebih baik,anda boleh membalas sapaan dengan ayat

“Hai razmi,saya amin.NICE TO MEET YOU

Ayat yang mudah seperti berikut dapat memberi impak yang lebih positif dalam membina first impression yang baik.

  1. PROPER ATTIRE

Faktor pemakaian adalah sesuatu yang penting untuk memberikan first impression yang baik.Karakter dan personaliti seseorang dapat ditonjolkan melalui cara pemakaian.Pakaian yang dipilih mestilah bersesuaian dengan situasi.

Saya akan berikan beberapa tips untuk cara pemakaian yang baik;

  • Cari pakaian yang bersesuaian dengan situasi
  • Memilih Warna pakaian yang sesuai (Matching)
  • Aksesori yang tidak berlebihan
  • Pastikan rambut,misai dan janggut dalam keadaan kemas

Jika anda semua berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara pemakaian yang lebih sesuai,Anda semua boleh sertai kelas imej yang disediakan oleh kami.

  1. USE BODY LANGUAGE

Kajian menunjukkan 93% daripada komunikasi bersama orang lain ialah daripada non-verbal.Jadi body language tersangatlah penting dalam membina first impression yang baik.

Apakah body language yang boleh digunapakai untuk mendapatkan first impression yang baik?

  • Eye contact

Eye contact adalah sesuatu yang sangat penting.Orang lebih cenderung untuk percaya seseorang yang berani melakukan eye contact.Eye contact dapat menunjukkan yang anda sedang fokus dalam satu perbualan,perbincangan mahupun interview.Ianya juga dapat menunjukkan yang anda adalah seorang yang berkeyakinan.

  • Jaga tone dan nada suara

Jaga tone dan nada suara ketika bercakap dengan seseorang.Pastikan nada suara anda menunjukkan yang anda seorang yang konfiden dan berkredibiliti.Jangan gunakan nada yang monotone kerana ia akan menyebabkan seseorang akan cepat bosan

  • Pastikan perkataan yang anda keluarkan selari dengan body language yang anda lakukan.

Jika perkataan dan Bahasa badan yang anda lakukan tidak selari,orang akan lebih cenderung untuk mempercayai Bahasa badan anda.Facial expression  anda juga perlulah selari dengan perkataan yang anda keluarkan.

  • Jaga pergerakan anda

Jangan lakukan pergerakan dengan terlalu banyak.Pergerakan yang berlebihan menunjukkan yang anda sedang nervous.Orang yang confident adalah orang yang mampu menjaga pergerakan ketika bertemu seseorang.

Amalkan 5 tips ini untuk anda membina first impression yang baik pada masa akan datang.Ianya boleh membantu anda dalam bertemu dengan client ataupun temujanji pertama anda dengan kekasih hati.

Sebarkan ilmu ini supaya orang lain juga dapat membina first impression yang baik pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Dapatkan Tawaran Menarik Dari Kami

BODY LANGUAGE ACADEMY (MALAYSIA)

Subscription Form Homepage