Tips: Membina “Kredibiliti” Menggunakan Tangan

Pernahkah anda terfikir, mengapa pemimpin-pemimpin hebat didunia sering dikaitkan dengan seorang yang berkaliber dan mempunyai kredibiliti mereka tersendiri ?

 

Pastinya ramai yang tertanya tanya, apakah rahsia yang mereka simpan? bagi membolehkan mereka membina kredibiliti dalam usaha menjadikan mereka pemimpin yang dihormati dan disegani.

 

Dalam Bahasa Badan / Body Language, terdapat pelbagai cara untuk membina kredibiliti. Salah satu cara untuk membina kredibiliti tersebut adalah menggunakan tangan sebagai salah satu tools atau alat dalam memberi isyarat kepada mereka yang sedang mendengar anda bercakap.

 

Teknik yang bakal saya kongsikan didalam post ini adalah salah satu teknik yang sering digunakan dan dipopularkan oleh salah seorang presiden US (Bill Clinton) ketika beliau sedang berucap bagi membina kredibiliti didalam diri beliau.

 


Bill Clinton ; Presiden US ke 42

 

Apa yang Bill Clinton lakukan sewaktu beliau sedang bercakap adalah dengan menunjukkan tangannya kearah dirinya sendiri apabila berkata perkara yang baik-baik.

 

Contohnya ketika berucap, beliau akan berkata sebegini dan selari dengan bahasa badannya

 

“Saya yakin dan percaya, tuan tuan dan puan puan mahukan seorang pemimpin yang adil, bijak serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin”

 

semasa beliau mengatakan perkara tersebut kepada penonton yang melihat dan mendengar, beliau akan menunjukkan tangannya kearah dirinya sendiri seperti gambar dibawah ini

Apabila anda melakukan gesture seperti ini, penonton yang melihat anda akan mula merasakan anda merupakan orang yang adil, bijak serta amanah selari dengan kata-kata anda tersebut.

 

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila tonton video dibawah ini

 

Bayangkan jika anda melakukan teknik ini didalam komunikasi, pembentangan, mahupun ketika anda sedang memberi ucapan dikhalayak ramai. Disusuli dengan tepukkan yang cukup gemuruh dari penonton anda, apakah perasaan anda ketika itu?

 

Gembira, teruja, menyeronokkan ?

 

Jika anda mahukannya, maka bermula hari ini anda mahu amalkan teknik ini didalam ucapan serta komunikasi anda.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Dapatkan Tawaran Menarik Dari Kami

BODY LANGUAGE ACADEMY (MALAYSIA)

Subscription Form Homepage