Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua pembaca!
Sebelum anda pergi dengan lebih jauh, mari kita mulakan dengan sebuah permainan😉
Adakah 4 orang ini mempunyai persamaan?
- Ahli politik yang bercita-cita tinggi tetapi tidak dikenali
- Seorang remaja yang introvert
- Seorang usahawan di ambang memenangi pelaburan pertamanya
- Seorang lelaki yang mencari cinta hidupnya
Jawapan: Bagi setiap seorang daripada mereka, ilmu & latihan Bahasa Badan (Body Language) tanpa diduga telah mengubah kehidupan mereka.
Hari ini, saya ingin menunjukkan kepada anda, mengapa bahasa badan adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk membantu orang.
Body Language adalah career game changer.
… dan biar saya beritahu, ini adalah satu kejutan kepada saya! Apabila saya mula menjumpai sains bahasa badan (dalam sebuah buku yang saya beli di MPH Bookstore), saya fikir ia akan menjadi satu ilmu tambahan yang bagus kepada beberapa sesi latihan/training saya pada masa tersebut. Pada masa itu, saya seorang Penceramah/Jurulatih yang berjuang untuk membantu remaja mendapat keyakinan dan berkomunikasi dengan lebih baik.
Saya dapati sains nonverbal mengenai “microexpressions”, “lie detection” dan “power posing” pasti akan menimbulkan daya tarikan tetapi tidak memikirkannya sebagai sebarang peluang besar. Lagipun, pada masa itu tidak ada perkara seperti “jurulatih bahasa badan”, dan saya tidak pernah belajar tentang bahasa badan ketika di alam universiti.
Perlahan-lahan, saya mula mengajar bahasa badan dan keyakinan nonverbal kepada peserta program saya. Dan, dengan serta-merta, saya tahu saya telah terpaut pada sesuatu yang istimewa.
Ini adalah apa yang berlaku:
- Saya telah mencuba semuanya. Hasil ilmu Bahasa Badan sangat menakjubkan. Saya telah mengambil beberapa pensijilan pentauliahan/certification dan mencuba strategi yang berbeza dengan beberapa pelanggan saya selama berbulan-bulan, dengan hanya melakukan perubahan kecil selaras dengan matlamat mereka. Saya dapati banyak perbezaan positif berlaku kepada mereka. Antaranya, saya mengajar salah seorang peserta program saya bagaimana untuk membaca ekspresi muka micro ibunya dan ia benar-benar mengubah cara beliau berkomunikasi dengan ibunya. Mereka mula mempunyai hubungan yang rapat.
- Orang lain mula melihat perbezaan. Tidak lama kemudian, ibu bapa, guru dan rakan kepada klien saya tersebut mula bertanya mengenai sains bahasa badan. Ibu lelaki peserta tersebut meminta saya untuk datang dan mengajar team beliau. Pengetua bagi sekolah peserta program saya tadi juga meminta saya mengajar guru di sekolah beliau mengenai sains Bahasa Badan.
- Kesemua peluang ini mengejutkan saya. Saya fikir bahasa badan boleh menjadi ilmu tambahan bagus kepada amalan dan program latihan saya. Namun hakikatnya tanpa saya ketahui, ia telah membawa lebih ramai pelanggan dan membantu menjana pendapatan lebih daripada apa yang saya bayangkan.
Bonus: Pelanggan yang bermasalah menjadi pelanggan setia. Bahagian yang terbaik adalah betapa ia membantu para pelanggan saya. Malah, salah seorang pelanggan saya yang digelar ‘budak yang tidak ada harapan’ oleh kaunselornya (kerana langsung tidak mahu berkomunikasi bersama orang sekeliling) memberikan perubahan yang besar selepas bersama saya untuk beberapa sesi Bahasa Badan. Ia mula memberikan beliau alasan untuk mula berinteraksi bersama orang sekeliling (kerana dia mahu membaca isyarat nonverbal/bahasa badan!) 😂
Kejutan terbesar adalah: Bahasa badan bukan niche. Ia adalah keperluan.
Saya tidak sedar pada mulanya betapa kita memerlukan ilmu bahasa badan ini. Sains nonverbal tidak diajar di sekolah. Dan ia tidak juga diajarkan di rumah.
Beberapa orang yang bertuah mungkin mendapat “tutorial” cara bersalaman dari ayah mereka atau diberitahu untuk membuat “eye contact” apabila mereka bertemu dengan seseorang.
Inilah yang paling menarik: Setiap orang memerlukan ilmu bahasa badan ini.
Bunyi macam lucu, tetapi dengarlah apa saya katakan. Setiap orang mempunyai badan, jadi setiap orang berkomunikasi dengan bahasa badan.
Semasa saya mula mengadakan dan menerima jemputan program Bahasa Badan dengan lebih banyak, saya mula mendapat e-mel dari pelbagai jenis orang. Saya mula menyedari hampir setiap kerjaya, pekerjaan atau orang, boleh menggunakan ilmu bahasa badan.
Fikirkan sebuah “career”. Fikirkan sebuah kerja. Fikirkan satu jenis manusia. Hampir semuanya boleh memanfaatkan kuasa nonverbal. (Walaupun online marketer menggunakan kuasa vokal nonverbal atas panggilan / talian!)
Berikut adalah antara yang boleh anda bantu:
- Sales Team
- Guru
- Pengurus Syarikat / Projek
- Ibu Bapa
- Remaja
- Peguam
- CEO Syarikat
- Pelajar
- Usahawan
- Trainer/Fasilitator/Coach
dan lain-lain!
Inilah perkara utama yang ingin saya sampaikan didalam penulisan ini:
Mereka diluar sana sangat memerlukan ilmu ini.
Dan anda boleh menjadi orang yang menguasainya dan mengajarnya!
Saya tidak percaya ilmu bahasa badan adalah niche. Saya tidak percaya hanya segelintir orang yang memerlukannya. Tetapi saya percaya semua orang memerlukannya. Semua orang adalah pelanggan yang berpotensi. Dan itu pastinya adalah peluang yang sangat besar.
Cabaran hari ini: Buat senarai 5 orang dalam kehidupan anda yang memerlukan bantuan anda. Adakah mereka memerlukan keyakinan yang lebih, karisma lebih, first impression yang lebih baik, ucapan yang lebih baik?
Ini semua ialah pelanggan yang berpotensi. Ini semua adalah orang yang berpotensi yang boleh anda bantu.
Cabaran ini adalah penting kerana saya mahu anda memberi manfaat kepada orang-orang ini. Tidak ada cara yang lebih baik untuk mempelajari ilmu ini daripada memikirkan orang yang ingin anda bantu.
Dan InsyaAllah pada 26 & 27 Januari 2019 ini, kami dari pihak Body Language Academy bakal menganjurkan sebuah program Pensijilan Bahasa Badan Professional di Dewan Inspirasi Fadzilah Kamsah(DIFKA), Bangi.
Program ini adalah program yang sangat powerfull dan berimpak tinggi kerana ia bakal mengubah pandangan anda terhadap manusia sekeliling anda dan bakal membantu anda melihat dunia secara High Definition (HD)!
Akhir kata dari saya, izinkanlah diri anda untuk dibantu,
Untuk pendaftaran, klik : http://DaftarCertifiedBLa.wasap.my
atau whatsapp 016-242 2845 (Cik Irdina)
Untuk maklumat lanjut program, Klik disini
Salam sayang untuk kejayaan anda 😉