Kisah Seorang Perempuan Bernama Hani,
Setelah selesai mendengar sesi pembentangan (presentation) dari hani, mereka yang berada didalam sesi pembentangan tersebut dengan segera menuju kearah pintu untuk segera keluar dari sesi pembentangan tersebut.
Setelah berhari-hari menyediakan mencari bahan, menyediakan slide, berlatih untuk sesi pembentangan hari ini, hasilnya tidak sama seperti apa yang hani bayangkan.
Nak kata fakta tak cukup, dalam slide penuh dia letak graf..
Pembentangan selama satu jam tu pun penat dia buat slide sampai 90 page!
“Aduiii penat aku prepare untuk presentation hari ni tapi jadi macam presentation biasa jugak; orang malas nak dengar”
________________________________________________________________
Inilah realitinya pembentangan (terutamanya dalam perniagaan) bila mana seorang presenter tidak mampu menyakinkan penonton/pendengar bahawa idea mereka mampu mengubah dunia.
Anda yang juga hari ini apabila boss minta buat presentation, tak lari dari menghadapi perkara yang sama. Jadi persoalannya, macam mana nak jadi seorang presenter yang bagus? (teruskan membaca)
Berikut adalah 10 perkara berbeza, seorang presenter yang hebat lakukan dari presenter biasa-biasa :
1. Buat slide adalah perkara yang terakhir
Slide sentiasa menjadi langkah akhir ketika bersiap sedia.
Presenter yang hebat, memahami apa yang akan mereka katakan dan bagaimana mereka akan mengatakannya jauh sebelum mereka membuat apa-apa slide.
Ini memastikan bahawa slide yang digunakan hanya mengandungi maklumat yang relevan dan tidak digunakan sebagai perkara utama yang perlu difokuskan ketika didalam sesi pembentangan.
2. Presenter adalah Center Of Attraction
Presenter yang hebat memahami bahawa audience berada di sana untuk mendengar dan belajar daripada presenter.
Audience tidak berada di sana untuk membaca slide (nak baca slide dekat rumah pun boleh!). Oleh itu, presenter perlu tahu bahawa mereka harus menjadi “Center of Attraction” (pusat perhatian) dan menggunakan slide sebagai alat sokongan sahaja.
3. Pengetahuan Berkaitan Topik
Presenter terbaik tahu berkaitan topik mereka dengan begitu baik.
Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang topik itu memberi keyakinan presenter untuk bercakap tanpa perlu menghafal skrip sebelum pembentangan.
4. Mengenali dan memahami audience mereka
Presenter terbaik memahami audience mereka.
Mengetahui siapa audience membolehkan penyampai menyesuaikan diri mereka untuk penerangan serta perbincangan yang sesuai dengan audience. Ini membantu untuk presenter tersebut mengenalpasti kaedah terbaik dalam menyampaikan mesej utama selaras dengan “level” audience.
5. Buka sesi pembentangan dengan “wow”
Presentation terbaik tidak bermula dengan
“Selamat pagi”
“terima kasih kerana berada di sini”
Untuk menjadi hebat, mulakan dengan kejutan yang “wow”, seperti memulakan dengan analogi, “quotes”, pantun, fakta mengejutkan, dll. Ini melambangkan keyakinan anda dan secara tidak langsung bakal mendapatkan perhatian daripada penonton kerana “power opening” anda.
6. Menggunakan “Body Language” yang tepat
Presenter yang hebat bergerak dengan bertujuan, menggunakan pergerakan tangan bagi mencantikkan penyampaian, dan mempunyai kedudukan badan yang terbuka. Apa yang penting adalah, semua bahasa badan ini adalah bergerak dengan bertujuan dan bukan “pakai hentam sahaja”.
Nak Belajar Bahasa Badan yang tepat? Klik sini sekarang!
7. Eye Contact
Mengekalkan hubungan mata dengan audience adalah resepi utama untuk presentation yang WOW!.
Hubungan mata membolehkan presenter untuk “connect” bersama audience mereka dan membuat audience merasakan bahawa presenter sedang benar-benar ikhlas bercakap dengan mereka.
8. Benarkan kesilapan
Presenter terbaik tidak takut melalukan kesilapan (secara terkawal), malah mereka mengalu-alukan mereka. Jika dikendalikan dengan betul, kesilapan dari presenter memberi memberi peluang untuk menyuntik beberapa humor/punchline ke dalam sesi penyampaian mereka.
9. Bercerita dengan baik
Sesi pembentangan yang paling menarik adalah di mana presenter menceritakan kisah berkaitan dengan topik. Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami (elakkan bahasa JARGON!), sesi pembentangan tersebut akan berjaya menarik perhatian audience dan penerimaan maklumat akan menjadi lebih difahami apabila ia disampaikan dalam format cerita.
10. Mengesahkan maklumat terlebih dahulu
Kebiasaannya, sesi pembentangan yang paling menarik mendorong kepada pelbagai soalan tambahan dari audience. Presenter terbaik tidak menjawab soalan kecuali mereka 100% pasti maksud sebenar soalan tersebut. Ini bermakna presenter perlu bertanya apabila soalan itu tidak jelas dan menangguhkan jawapannya jika ia memakan masa. Cadangkan mereka untuk berjumpa anda selepas sesi tersebut bagi memudahkan anda menjawab soalan mereka (sekiranya tiada masa).
Amalkan 10 perkara di atas bagi menjadikan anda seorang presenter yang hebat sebelum anda menyampaikan presentation anda yang seterusnya.
Share kepada mereka yang anda rasakan bakal mendapat manfaat dari artikel ini sekarang 🙂
Selamat Beramal! 😉