Lokasi Dewan Kami :
Syarat-Syarat Permohonan Sewaan Dewan
1. Wang Cagaran dan Bayaran Sewaan Dewan
- Tempahan Dewan Boleh Dibuat 1 bulan ke atas sebelum tarikh penggunaan (lebih awal lebih baik)
- Bayaran Deposit hendaklah dibuat dalam masa 3 hari selepas tempahan dan pembayaran penuh hendaklah dibuat 14 hari sebelum tarikh penggunaan (yang mana datang dahulu).
- Konsep kami adalah “first pay first serve”, tempahan rasmi hanya akan dikira selepas pembayaran deposit 50% dibuat.
- Sekiranya pembatalan dilakukan, pihak penyewa perlulah memaklumkan sebulan sebelum tarikh penggunaan atau deposit hanya akan dipulangkan sebanyak 50% sebagai denda.
- Cagaran Kebersihan akan dikenakan sebanyak RM100 sekiranya penyewa meninggalkan keadaan dewan dalam keadaan yang terlampau kotor (atau atas budi bicara pemberi sewa)
2. Pembatalan Tempahan Dewan
- Tempahan dewan akan terbatal automatik sekiranya pihak penyewa tidak menjelaskan deposit dalam tempoh 3 hari selepas tempahan dilakukan.
- Pihak pemberi sewa berhak membatalkan tempahan jika penyewa tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan
- Pihak pemberi sewa tidak akan membayar gantirugi dan tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan, kecederaan, kemalangan atau kehilangan yang berlaku semasa pengguna berada di dewan sewaan.
- Pengguna / Penyewa dilarang membawa minuman/makanan tidak halal di dalam ataupun di sekitar premis Body Language Academy.