Berikan first impression terbaik menggunakan teknik S.O.F.T.E.N

Apabila anda bertemu dengan seseorang buat pertama kali, ianya adalah masa yang sangat penting untuk memberikan “first impression” (tanggapan pertama) yang baik. Namun ramai orang pada hari ini menyangka, “first impression” yang dimaksudkan adalah berkaitan “apa yang anda katakan”. Tetapi fakta yang sebenar adalah, BAHASA BADAN memainkan peranan yang lebih besar dan lebih banyak berkenaan diri anda kepada pandangan orang lain.

Ramai pakar percaya, bahawa seseorang manusia membuat penilaian terhadap seseorang yang mereka jumpa buat pertama kali hanya dalam beberapa saat sahaja melalui pemerhatian tingkah laku. Ramai juga orang bersetuju jika anda memberikan “first impression” yang negatif, maka ianya akan menghancurkan kredibiliti anda dimata mereka.

Dari sudut pandang psikologi, komunikasi & bahasa badan, ada pelbagai tips tentang cara bagi memberikan “first impression” yang baik. Salah satu kaedah paling mudah dan berkesan dan mudah untuk diingati adalah dengan menggunakan akronim S.O.F.T.E.N

S – Smile

Senyuman memberikan pelbagai maksud mengenai seseorang. Ia menjadikan anda kelihatan gembira, positif, menawan, mudah didekati dan yakin serta bersemangat. Senyuman membolehkan anda kelihatan sebagai individu yang ramah dan memberikan satu tanda kepada orang lain bahawa anda bukan ancaman buat mereka.

Senyuman sebenar akan terjadi apabila otot orbicularis oculi ditepi mata juga kelihatan

Apabila pertama kali berjumpa dengan seseorang, adalah sangat penting untuk memastikan senyuman anda kelihatan semulajadi dan tulen (rujuk gambar diatas). Walaupun kita fahami diluar sana ramai orang yang masih belum mempelajari Bahasa Badan, namun disebabkan faktor pergaulan dan interaksi sosial dari kecil hingga dewasa membuatkan seseorang akan mudah memahami senyuman palsu & senyuman yang benar-benar dirasai.

Jadi apabila anda berjumpa dengan seseorang buat pertama kali, berikanlah senyuman yang ikhlas.

O – Open Body Language

Jika anda ingin kelihatan yakin dan terbuka dengan seseorang, pastikan bahasa badan anda terbuka dan tidak tertutup. Anda boleh rujuk didalam buku “9 Hari Mengenali Bahasa Badan” mukasurat 68, 73,74 untuk beberapa contoh Bahasa Badan terbuka.

Dari sisi pengucapan awam, penggunaan Bahasa Badan juga memainkan peranan yang besar dalam memberikan “first impression”. Saya masih lagi ingat sebuah tips yang saya peroleh dari “Dananjaya Hettiarachchi” Juara Dunia bagi sebuah pertandingan pengucapan awam dunia pada tahun 2014. Ketika itu saya menghadiri sebuah seminar dan beliau antara speaker yang dijemput hadir ke seminar tersebut. Beliau katakan:

“Ianya adalah sangat penting untuk kelihatan terbuka lebih-lebih lagi ketika mahu memulakan pengucapan awam. Kerana orang tidak peduli siapa anda dan apa yang anda mahu sampaikan. Tetapi mereka peduli untuk anda sentiasa menghormati mereka dan terbuka kepada mereka mengenai apa yang anda akan katakan. Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menunjukkan bahasa badan yang terbuka”.

Ucapan Dananjaya Hettiarachchi ketika peringkat akhir “World Toastmaster Champion 2014”

Dari video diatas, anda boleh perhatikan bagaimana beliau menggunakan bahasa badan tertentu bagi kelihatan terbuka dan kongruen dengan perkataan yang disebutkan.

4 Tips Bahasa Badan dari Dananjaya Hettiarachchi

F – Forward Lean

Menyendongkan sedikit badan kearah seseorang sama ada ketika duduk atau berdiri, memberikan tanda bahawa anda menyukai atau menarik perhatian anda. Antara menarik yang dimaksudkan adalah:

  1. Topik yang dibualkan
  2. Rupa anda
  3. Pemakaian anda
  4. Diri anda sendiri

Kata kuncinya adalah berkenaan “tertarik”. Apabila anda tertarik kepada seseorang, maka secara semulajadi seseorang manusia akan menyendongkan badan sedikit kehadapan lebih dekat kepada individu tersebut.

Sebaliknya pula, jika anda bersandar atau menjauhi seseorang, ianya menandakan anda tidak menyukai mereka atau anda tidak berminat dengan apa yang mereka katakan.

T – Touch

Sentuhan adalah penting, tetapi anda perlu berhati-hari kerana cara anda mengaplikasikan sentuhan boleh membawa kepada pandangan yang negatif sekiranya dilakukan ditempat dan situasi yang salah.

Dalam situasi professional, perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah apabila anda diperkenalkan kepada seseorang buat kali pertama ialah berjabat tangan (bersalaman) dengan mereka. Jabat tangan boleh mendedahkan pelbagai perkara mengenai seseorang terutama didalam konteks “first impression”. Apabila dilakukan dengan terlalu lembut, anda mungkin akan dilihat lemah, namun apabila terlampau kuat, anda akan kelihatan agresif. Cara ideal dalam situasi professional adalah dengan melakukan jabat tangan tidak terlampau lembut & tidak terlampau kuat.

Dalam situasi sosial pula, sentuhan ringan pada bahagian siku (elbow grasp ; rujuk buku muka surat 81) boleh membantu anda membina hubungan baik kepada seseorang. Namun sila lakukan salam ini dengan berhati-hati kerana anda tidak mahu membuatkan mereka rasa tidak selesa dengan membuat sentuhan disiku mereka terlampau lama. Pastikan juga ketika anda memegang siku mereka tersebut, anda tidak menceroboh ke ruang peribadi mereka (rujuk bab 2 buku).

E – Eye Contact

Scroll to Top