Buku ini sebenarnya telah ‘diperam’ semenjak PKP 2020, dan kerana keadaan pandemik ketika PKP tersebut, dunia telah banyak berubah kearah dunia “Virtual” dari cara bekerja, mesyuarat, hinggalah cara berkomunikasi.
Keadaan ini membuka peluang buat kami untuk menemui pelbagai penemuan baru berkenaan ilmu Bahasa Badan dialam maya kerana keperluan manusia ketika itu.
Kesemua penemuan tersebut kami banyak kongsikan didalam sesi latihan kami atau kami peram untuk kegunaan kami sendiri sehingga hari ini tahun 2022.
Setelah berfikir panjang, kami rasa amat sayang jika ilmu ini kami tidak kongsikan kepada dunia.. Kerana dari kami yang mengamal ilmu ini, amat terasa impak positifnya apabila menggunakan ilmu Bahasa Badan yang diselaraskan penggunaan dialam maya ini.