
Oleh Zarif Zulkafli
Semasa bertemu dengan orang yang pertama kali anda berjumpa, ianya adalah sangat penting untuk memberikan pandangan pertama atau “first impression” yang baik. Ianya bukan sahaja berkenaan “apa yang anda katakan”, tetapi ianya adalah berkenaan Bahasa Badan yang anda paparkan ketika berjumpa dengan seseorang.
Ramai pakar mempercayai, bahawa seseorang manusia itu membuat penilaian terhadap seseorang hanya dalam beberapa saat pertama setelah memerhatikan tingkah laku mereka. Sebahagian besar orang juga bersetuju bahawa apabila anda memberikan “first impression” yang tidak baik, maka ianya akan mengambil masa yang sangat lama untuk kembali pulih.
Golongan psikologists, guru komunikasi, pakar motivasi sememangnya mempunyai banyak nasihat mengenai cara untuk membina “first impression” yang baik. Tetapi tidak ramai antara mereka yang mengingatkan kepada anda bagaimana Bahasa Badan juga boleh mempengaruhi “first impression”.
Didalam Bab ini, anda akan didedahkan mengenai salah satu kaedah yang sangat berkesan tetapi mudah untuk diingati menggunakan singkatan akronim S.O.F.T.E.N.

S - Smile (Senyuman)
Seperti yang telah anda pelajari pada bab-bab sebelum ini, senyuman memberikan pelbagai makna mengenai seseorang. Ini membuatkan anda kelihatan bahagia, positif, menawan, mudah didekati serta yakin dan bersemangat. Senyuman memberikan satu tanda kepada orang lain, bahawa anda bukanlah ancaman.
Antara kajian yang cukup menarik berkenaan senyuman adalah, ianya mudah merebak. Apabila anda senyum kepada seseorang, kebiasaannya mereka juga akan mula senyum semula kepada anda. Didalam kajian juga mendapati, sekiranya anda tidak tersenyum ketika diperkenalkan kepada seseorang, ianya membuatkan anda kelihatan marah, gugup & tidak selesa.
Penting untuk anda pastikan bahawa senyuman yang ditunjukkan oleh anda juga adalah senyuman semula jadi dan asli. Kebanyakkan orang dengan mudah dapat melihat senyuman palsu walaupun mereka tidak mempelajari ilmu Body Language. Ianya datang dari pengalaman kebiasaan semulajadi mereka sehingga membuatkan mereka mampu mengenalpasti senyuman palsu. Jadi pastikan apabila anda berjumpa seseorang, berikan senyuman yang ikhlas lagi menawan.
Pernah lihat senyum kambing? Jika tidak, ini adalah senyum kambing:

Kalau anda tak boleh senyum, monyet pun boleh senyum
