10 Buku Bahasa Badan Yang Perlu Anda Baca (no 4 dalam bahasa melayu)

Masyarakat kita semakin berilmu dan bijak dari hari ke hari.

Ilmu yang dikaji setiap hari (terutama para pengkaji akademik) mendorong perkembangan ilmu yang lebih jauh terutama dalam hubungan sesama manusia. Ilmu “Body Language” atau “Bahasa Badan” juga antara yang tak terlepas dengan pelbagai penemuan baru setiap hari.

Kini sudah tahun 2022, masih ramai yang tidak tahu bahawa mereka boleh membaca beberapa Bahasa Badan tertentu dalam komunikasi harian mereka atas faktor pengalaman hidup mereka. Kemahiran ini terletak pada minda bawah sedar / separa sedar yang ramai orang tidak tahu ia wujud didalam diri mereka.

Namun bagi mereka yang mendalami ilmu Bahasa Badan (dari bacaan atau berguru) mendapati dalam kehidupan mereka, setiap orang melakukan gerak-geri yang memberikan maksud tertentu ketika berkomunikasi.

Hasil mempelajari dan memahami bahasa badan, ekspresi muka mikro, postur badan banyak membantu untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan hari ini ia merupakan suatu kewajipan untuk memiliki ilmu ini sekiranya seseorang individu itu mahu pergi lebih jauh.

Membaca bahasa badan memberi anda banyak faedah dan kelebihan antaranya:

  • Membuka fikiran supaya anda sedar dengan peluang yang hadir didalam hidup anda setiap hari (pelanggan, prospek, bos, rakan sekerja, pasangan hidup, dll)

  • Membantu anda membina hubungan yang lebih mesra dengan orang di sekeliling anda

  • Meningkatkan peluang anda untuk mempengaruhi orang lain dalam komunikasi anda seperti temuduga kerja, “business presentation”, dll

  • Membimbing anda tentang cara menjadikan diri anda lebih difahami dan mencegah dari berlakunya konflik atau pergaduhan (sebab anda tahu menggunakan Bahasa Badan yang positif)

  • Meningkatkan kesedaran anda tentang diri sendiri & orang lain; memberi anda pemahaman yang lebih baik mengapa orang melakukan perkara yang mereka lakukan kerana anda faham Bahasa Badan mereka merupakan tindak balas dari situasi, atau budaya kehidupan mereka.

Mempelajari bahasa badan, pada mulanya boleh dikatakan satu tugas yang mencabar.

Walau bagaimanapun, anda boleh dengan cepat membaca bahasa badan orang lain sekiranya anda mempunyai struktur & cara yang tepat dalam membaca Bahasa Badan seseorang.

Rahsia ini banyak dikongsikan oleh pengkaji & pakar dalam bidang tersebut melalui buku & penulisan mereka.

Hasil pemerhatian kami, berikut ialah beberapa buku bahasa badan yang wajib anda baca & miliki terutamanya pada tahun 2022:

1. The Silent Language of Leaders: How Body Language Can Help or Hurt How You Lead – Carol Kinsey Goman, Ph.D.

Adakah anda ingin tahu bagaimana bahasa badan boleh membantu atau mengurangkan kredibiliti anda dalam memimpin orang lain dan hidup anda? Jika “Ya”, buku ini adalah untuk anda.

Seperti yang anda tahu, bahasa badan bercakap banyak perkara tentang diri anda. Buku ini membantu anda memahami bagaimana orang sekeliling melihat anda dan bagaimana cara anda menghantar mesej yang betul melalui bahasa badan sebagai seorang “leader”

  1.  Berapa banyak masa yang anda ada, atau masa yang anda sanggup tawarkan kepada orang lain untuk anda maju dalam kerjaya anda

  2. Berapa banyak ruang yang anda gunakan, penampilan dan postur badan anda membuatkan anda kelihatan yakin atau sebaliknya sebagai seorang “leader”

  3. Bina style imej peribadi dan perniagaan anda;
    (Gerak isyarat, nada suara, sentuhan, ekspresi muka dan cara pandangan anda) bagi membuatkan orang lain berasa selesa apabila berada di sekeliling anda atau sebaliknya

  4.  Cara berurusan dengan tokoh / Orang ternama / pihak berkuasa sebagai seorang ketua organisasi atau kelompok.

Buku ini seronok untuk dibaca, menghiburkan dan membuka minda sebagai seorang ketua atau bos. Ia penuh dengan cerapan tentang perspektif yang berbeza dan nasihat berguna untuk pelbagai situasi.

2. Spy the Lie: Former CIA Officers Teach You How to Detect Deception – Philip Houston, Michael Floyd, Susan Carnicero, Don Tennant

Penulis buku ini mempunyai banyak pengalaman dalam merungkai bahasa badan. Mereka telah menemubual asset CIA, pekerja CIA, dan ramai orang biasa.

Buku ini memberikan anda tanda-tanda penipuan:

  1. bagaimana untuk membuat perbezaan antara tics peribadi (tics adalah tabiat, pergerakan atau bunyi secara spontan yang orang lakukan berulang kali)

  2. Tanda-tanda penipuan (kerana postur tertutup seperti menyilangkan tangan tidak selalu bermakna anda sedang ditipu, tetapi mungkin orang di hadapan anda takut atau sejuk).

Teknik yang diberikan dalam buku ini mempunyai banyak cara pengaplikasian dalam dunia nyata, dan anda boleh yakin bahawa maklumat itu diuji memandangkan penulis membangunkan dan menggunakannya dalam penyiasatan CIA.

3. Emotions Revealed, Second Edition: Recognizing Faces and Feelings to Improve Communication and Emotional Life – Paul Ekman, Ph.D.

Dalam buku ini, Paul Ekman memberi anda maklumat dan pandangan tentang cara emosi anda menentukan tindakan anda dan apa yang badan anda katakan kepada orang lain.

Buku ini adalah perspektif berbeza tentang bahasa badan dilihat dari sudut emosi:

  1. Fahami emosi seseorang dengan membaca muka mereka

     

  2. Kenalpasti apabila seseorang menipu anda dan mengetahui sebab mereka melakukannya
    (bukan setiap penipuan bertujuan untuk menyakiti diri anda dan bahkan ia bukan tentang anda seperti yang anda fikirkan)

     

  3. Bagaimana untuk mengawal emosi dan reaksi anda
     
  4. Menjadi lebih sedar (sebelum anda bercakap atau bertindak) tentang bagaimana sesuatu boleh berlaku kepada anda untuk berkelakuan tidak rasional atau terlalu emosi (“emotional”)

  5. Memilih cara & tingkahlaku yang lebih baik ketika anda beremosi (“emotional”) ; Menjadi lebih sensitif terhadap perasaan orang lain

  6. Cara menggunakan maklumat yang anda ada tentang perasaan orang di sekeliling anda (hasil dari bacaan emosi muka) dengan beretika 

Buku ini adalah untuk anda jika anda sedang mencari cara untuk memahami bahasa badan (ekspresi muka) dan menggunakannya untuk menjadikan hidup anda dan kehidupan orang di sekeliling anda jauh lebih baik.

4. 9 Hari Mengenali Bahasa Badan - PLF Zarif Zulkafli, CBLS

Sekiranya anda mencari buku Bahasa Badan dalam bahasa melayu, buku  ini merupakan sumber pembelajaran bahasa badan yang sangat baik. 

Ia menerangkan kepada anda perkara yang orang lain beritahu secara bukan lisan yang menerangkan tingkah laku. Antaranya seperti menunjukkan sifat positif (keyakinan dan keterbukaan) dan yang negatif (ketidakselesaan dan lain-lain).

Anda boleh menggunakan dan mengaplikasikan ilmu didalam buku ini kedalam banyak bidang kehidupan anda.

Padat dengan perkara yang berguna dan menarik berserta contoh tentang bahasa badan dengan gambar dan penerangan setiap satu.

Buku ini dibahagikan kepada 9 bab dan disusun kemas untuk pembaca membaca satu hari satu bab:

BAB 1 : Berkenalan Dengan Bahasa Badan (Hari Pertama)

 

BAB 2 : Ruang Peribadi & Tanda Tarikan (Hari Kedua)
 
BAB 3 : Rahsia Pergerakan Mata & Kepala (Hari Ketiga)

 

BAB 4 : Rahsia Senyuman (Hari Keempat)

 

BAB 5 : Rahsia Sepasang Lengan (Hari Kelima)

 

BAB 6 : Kuasa Tangan & Telapak Tangan (Hari Keenam)

 

BAB 7 : Kuasa Bersalaman (Hari Ketujuh)

 

Bab 8 : Rahsia Sepasang Kaki (Hari Kelapan)

Bab 9 : Mengesan Isyarat Penipuan (Hari Kesembilan)

 

Selepas membaca buku ini, anda akan melihat secara berbeza pada setiap orang di sekeliling anda kerana anda akan lebih mengetahui orang yang jujur / mesra dan orang yang mempunyai niat jahat.

5. Winning Body Language: Control the Conversation, Command Attention, and Convey the Right Message without Saying a Word – Mark Bowden

Buku ini adalah untuk anda jika anda berminat dengan:

Buku ini adalah perspektif berbeza tentang bahasa badan dilihat dari sudut emosi:

  1. Bagaimana untuk menjadi lebih “presentable” dalam perbualan

     

  2. Cara untuk menarik perhatian orang yang berada di sekeliling anda

     

  3. Menyampaikan mesej yang jelas dan tegas tanpa berkata-kata.

Buku ini saya berani katakan boleh dianggap sebagai kursus lanjutan atau “advance” mengenai bahasa badan.

Anda akan belajar:

  1. Cara membaca seseorang individu (sebelum mereka bercakap lagi) dan mempunyai kelebihan untuk bertindak balas dengan cara yang lebih sensitif dan bertimbang rasa.

  2. Kemahiran “mendengar dahulu, bercakap kemudian”
  3. Tanda-tanda tersembunyi yang seseorang individu paparkan tentang niat mereka

  4. Bagaimana untuk berurusan dengan “decision maker” dan orang tersayang anda mengenai isu sensitif.

Setiap bab memberikan anda maklumat tentang kaedah komunikasi yang berbeza untuk pelbagai jenis situasi.

6. The Definitive Book of Body Language: The Hidden Meaning Behind People’s Gestures and Expressions – Allan Pease, Barbara Pease

Jika anda masih belum biasa dengan psikologi bahasa badan, anda boleh mulakan dengan membaca buku “best-seller” antarabangsa ini (juga ada terjemahan dalam bahasa melayu oleh PTS Media Group)

Penulis menunjukkan kepada kita bagaimana kita boleh menggunakan pengetahuan tentang fungsi otak untuk memahami emosi, tingkah laku dan niat sebenar orang.

Penulis juga menggunakan contoh kehidupan sebenar dan menawarkan beberapa latihan yang boleh anda praktikkan dalam membaca emosi dan tingkah laku manusia.

Buku ini membantu anda menganalisa isyarat bukan lisan orang lain dan mungkin boleh mengatasi “communication barrier” (jika anda ada masalah ini)

7. You Say More Than You Think: A 7-Day Plan for Using the New Body Language to Get What You Want – Janine Driver, Mariska van Aalst

Setiap kali anda bertemu seseorang individu buat pertama kali, minda bawah sedar anda mengumpul banyak data. Dan berdasarkan data itu, membuatkan anda berkelakuan dengan kelakuan dan tindakbalas tertentu.

Buku ini membantu anda membaca orang lain dengan lebih baik dan menyampaikan mesej anda kepada dunia dengan yakin melalui perkataan dan tindakan. Anda akan tahu apabila orang lain cuba menipu anda atau (tanpa sedar) mereka menipu kepada diri mereka sendiri.

Buku ini menerangkan perkara tersebut dan mengajar anda cara untuk mahir dalam membaca orang lain dan berkelakuan selaras dengan tindakan tersebut.

Selain itu, terdapat banyak contoh didalam buku ini tentang cara membaca orang lain dengan mengambil kira konteks (context) dan budaya (culture) mereka.

Buku ini dikaji dengan baik dan berorientasikan tindakan. Sebagai contoh, salah satu latihan dalam buku ini mengajar anda untuk merakam video diri anda sendiri bertujuan untuk lebih mengetahui cara anda bercakap dengan orang lain melalui badan anda.

8. Without Saying a Word: Master the Science of Body Language and Maximize Your Success – Kasia Wezowski, Patryk Wezowski

Badan kita bercakap lebih kuat daripada kata-kata.

Penulis sangat bagus dalam membincangkan bahasa badan dan ekspresi muka mikro serta bagaimana ia secara tidak sedar memainkan peranan dalam percintaan, jualan, rundingan, dan dalam komunikasi harian kita.

Penulis mendapati bahawa penggunaan bahasa badan dan keupayaan untuk menghuraikannya sangat banyak menyumbang kepada kejayaan kehidupan kita.

Apa yang membuatkan buku ini menonjol daripada buku bahasa badan yang lain ialah ia memberitahu anda semua maklumat yang diperlukan dan menerangkan cara menggunakannya dalam kehidupan harian anda dengan menggunakan senario kehidupan sebenar.

Jika anda ingin menjadi lebih “persuasive”,  lebih yakin, menambahbaik kemahiran sosial anda, menjadi lebih baik dalam “interview” kerja atau menjadi komunikator yang hebat secara keseluruhan, saya sangat rekomen anda membaca buku ini.

9. Body Language: Discover and Understand the Psychological Secrets Behind Reading and Benefitting From Body Language – Harvey Segler

Buku ini dibahagikan kepada lapan bab, padat dengan perkara yang berguna dan menarik serta contoh tentang bahasa badan.

Penulis berkongsi mengenai cara mengenakan postur badan, cara berjalan dan bagaimana gerak isyarat anda boleh mempengaruhi orang lain untuk menyukai atau tidak menyukai anda tak kira betapa baiknya anda.

Buku ini boleh membantu anda untuk:

  1. Memahami diri sendiri & orang lain dengan lebih baik.
  2. Menggilap cara anda persembahkan diri anda kepada dunia.
  3. Perbaiki cara anda berfikir dan keyakinan diri anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top

Dapatkan Tawaran Menarik Dari Kami

BODY LANGUAGE ACADEMY (MALAYSIA)