5 TIPS MEMBINA HUBUNGAN BAIK KETIKA BERCAKAP ATAU PRESENTATION (NO 5 PALING PENTING!!!)

Semua orang mahu melakukan yang terbaik ketika sesi PEMBENTANGAN atau “PRESENTATION.
Namun, tak ramai yang mampu menjadi seorang PEMBENTANG yang melakukan PEMBENTANGAN dengan baik.”

Selepas kami meneliti buat beberapa ketika bagaimana “speaker” di “TED Talk” (sebuah organisasi media Amerika yang menyiarkan perbincangan dalam talian di bawah slogan “ideas worth spreading” (idea yang perlu disebarkan)) melakukan pembentangan, kami mendapati mereka mempunyai satu “pattern” yang sama iaitu “Membina Hubungan yang baik” ataupun dipanggil sebagai “RAPPORT”.


Apakah itu RAPPORT?

Maksud rapport menurut Wikipedia adalah satu hubungan yang harmoni.Rapport berasal dari perkataan perancis iaitu rapporter yang bermaksud membawa balik mengikut kamus Merriam-Webster.

Menurut NLP,rapport ialah mencari jalan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara diri kita dengan orang lain,sama ada tahap pertuturan mahupun ‘non-verbal’.

Membina rapport yang baik dengan “audience” adalah salah satu kunci untuk menjadikan sesuatu perbentangan itu Berjaya. Dengan membina rapport yang baik bersama audience, ia boleh membantu anda daripada seorang presenter yang biasa biasa menjadi seorang presenter yang HEBAT.

Persoalannya kini adalah, bagaimana cara untuk membina rapport bersama audience? Kami huraikan menggunakan akronim S.M.U.G.U (Teruskan membaca)

1. Strong Introduction


Introduction yang hebat memberi first impression yang baik kepada presenter lantas dapat membina rapport bersama audience. Presenter yang hebat pula akan menggunakan teknik yang berkesan untuk membina Strong Introduction.

Pernahkah anda terfikir, bagaimana seorang presenter yang hebat mampu membuatkan semua orang ingin mendengar apa yang mereka katakan? Atau mengapa sesetengah orang kerap diganggu oleh audience (menyampuk) ketika bercakap? Tidak mungkin ianya disebabkan kandungan yang mereka sampaikan. Tetapi rahsia sebenar adalah berkaitan dengan irama; rentak dan masa apa yang mereka katakan.

Teknik dimaksudkan ini ialah teknik Pause,Punch,Pause,Punch.

Bercakap dengan berimpak , akan memberi kesan yang kuat dan positif pada pendengar anda. Ia memerlukan irama yang stabil, yakin, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, Jeda (berhenti) di tempat yang betul.

Teknik Ini adalah satu teknik dimana anda perlu berhenti seketika ketika bercakap (Pause) untuk memberi penekanan pada ayat yang akan datang (PUNCH).

Contoh mudah penggunaan teknik ini adalah seperti skrip berikut:-

“Antara cara untuk mengurangkan berat badan adalahh…” (Berhenti seketika; Pause)
“Dengan mengamalkan diet yang seimbang.” (Point yang ingin ditekankan; Punch)

Apabila anda kerap lakukan teknik ini, insyaAllah anda akan merasakan perubahan yang baik ketika membuat perbentangan.

2. MANAGE AUDIENCE ENERGY LEVEL

Apabila seorang presenter bercakap dengan terlalu lama, energy level daripada audience akan semakin menurun disebabkan oleh kepenatan dan sebagainya. Anda sebagai seorang presenter yang hebat perlu pandai untuk mengawal “energy level” audience. Jika anda terus memberi input tanpa menghiraukan energy level dari audience, percayalah ada di kalangan audience anda akan mula menguap dan mungkin juga akan terus terlelap.

Apakah cara yang sesuai untuk menaikkan semula energy level daripada audience?

Pelbagai cara boleh dilakukan antaranya:

  • Meminta audience untuk bangun dan berbual dengan orang di sebelah.
  • Meminta audience untuk mencari seseorang yang tidak dikenali dan mula berkenalan sesama mereka.
  • Menukar tempat duduk audience.
  • Membuat sesi soal jawab bersama audience.

Aktiviti yang melibatkan pergerakan sangat penting untuk memastikan “energy level” audience tidak menurun malah semakin menaik.

3. USE HUMOUR AND STORY FOR EMOTIONAL CONNECTION

Unsur lawak dan penceritaan boleh menbentuk satu ikatan emosi bersama audience lantas memberi keselesaan kepada pendengar. Audience lebih tertarik terhadap unsur pengalaman atau penceritaan berbanding dengan fakta lantas membuatkan mereka berasa lebih terbuka terhadap presenter.

Juara “World Champion Public Speaking” 2004,Dr Randy Harvey memberi satu tips yang boleh diguna pakai ketika membuat perbentangan iaitu

“TELL A STORY-MAKE A POINT”

Tips ini berfungsi dengan sangat mudah ; Ceritakan sebuah kisah dan daripada kisah tersebut keluarkan point yang terkandung didalamnya. Tips ini terbukti berkesan apabila beliau berjaya memenangi “World Champion Public Speaking” 2004 dengan sebuah karya yang bertajuk “FAT
DAD”
.

4. GET THEM TALKING

Komunikasi dua hala amat penting bagi membina rapport yang baik antara presenter dan audience. Elakkan menjadi seorang presenter yang Syok sendiri dengan bercakap seorang diri tanpa henti. Antara cara mudah untuk melakukan komunikasi dua hala ini ialah dengan bertanyakan soalan.

Soalan seperti “adakah tuan puan faham apa yang disampaikan?”

Soalan yang nampak remeh tetapi sebenarnya boleh memberikan impak kepada sesuatu perbentangan. Memberikan audience bercakap dapat membina satu hubungan di antara presenter dan audience.

5. USE BODY LANGUAGE

Gambar : Steve Jobs ketika melakukan pembentangan di salah satu pelancaran produk apple

Body language adalah antara teknik yang sangat hebat bagi membantu membina rapport dan kepercayaan. Body language yang paling mudah untuk dilakukan adalah semudah melakukan senyuman yakni dapat mewujudkan keselesaan kepada audience.

Posisi tangan “Palm Up”
  • Presenter boleh menggunakan posisi Palm Up untuk menunjukkan sifat keterbukaannya kepada audience.
  • Anggukan juga satu bentuk body language yang perlu diamalkan untuk membina rapport dengan audience.
  • Jangan amalkan berdiri di belakang meja kerana ia boleh dianggap suatu penghalang diantara presenter dan audience.

Secara kesimpulan, kelima-lima tips diatas dimudahkan menggunakan akronim S.M.U.G.U :

S – Strong Introduction
M – Manage Audience Energy Level
U – Use Homour and story for emotional connection
G – Get them talking
U – Use Body Language

Amalkan 5 tips di atas bagi membolehkan anda menjadi seorang presenter yang hebat dan mampu membina rapport bersama audience pada perbentangan yang akan datang.

Sebarkan ilmu ini kepada rakan rakan anda supaya mereka sama-sama mampu menjadi presenter yang lebih baik pada masa akan datang.

Amin Azman

Author: Amin Azman

Amin Azman merupakan salah seorang Fasilitator Pembelajaran Online di Body Language Academy (Malaysia). Merupakan “Certified Professional Body Language Practitioner” (BLA,MY), “Certified Professional Body Language Analyzer (BLA,MY)” dan bergerak sebagai salah seorang associate Facilitator di iDealismo Learning & Consultancy.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top